Thursday, March 31, 2016

Lukisan My Lovely Hero, Mikail

Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Nak cerita sikit pasal anak sulung, hero kesayangan yang amt manja ni, Mikail 

Sue n husband nampak Mikail lebih cenderung kepada membina contoh, suka kepada permainan lego or blok2..macam2 bentuk or bangunan dibina..agak kreatif disitu :)

Then, veryperfectionist, semua nak kena perfect, kalau susun mainan tu sgt2 detail huhuhu

Ni lak cerita ptg semalam...
katanya belajar melukis rumah, orang 
Then, kitorang suruh la lukis

Taraaa...


Inilah Family Potrait 2016 kitorang yang berlatar belakangkang rumah di belakang tu :p
Mikail kata...
dari kiri yang muka bulat n elok nampak mata semua tu Mikail, yang kepal kecik tu abah  kikiki, yg comel kecil tu mestilah adiknya n last tu mama, yg mama tu mula2 dia lukis rambut tetiba tukar mama pakai tudung, tu yg jadi gitu hahaha..

yang tgh2 antara abah n adik tu..pokok ye kawan2 kikiki
Sebelah tu lak transport n kucing katanya 

Itulah kisah abg long Mikail yang byk mulut n banyak ragam ni 


Love,
MamaRayyan's

Thursday, March 24, 2016

My Milk Booster


Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua

Pagi ni, Sue sarapan ala-ala western ye
Roti telur Cheese + Salad Ayam
Yummyyyy..sedap n berkhasiat kikikiki

Tak lupa juga...
yang ni
.
.
.


Salah satu my Milk Booster
Susu Anmum + Kurma
Alhamdulillah, bila ambil ni sue rasa serasi n production pun memberangsangkan

Selain dari susu n kurma, 
Sue juga minum air rebusan kurma cina + longan
n selalu juga makan makanan berasasakan kacang hijau
N satu lagi, suka makan daging kambing :)
Semua ni serasi dgn Sue n membantu dalam menambah susu 

So, mama2 yang tgh cuba menambah susu badan, 
boleh try n amalkan cara Sue ni..
Insyaallah ada rezeki untuk si comel korang :)




Love;
MamaRayyan's


Sunday, March 20, 2016

Ready For Solid Food


Good Morning :)

Lagi 10 hari lagi baby Zafri dh leh start intro solid food 
Sue dh taksabar main masak2
So, keluarkan balik alat masak2 yg ada
Tadaaaa...


Cuci2 bersih n letak kat kabinet siap2
tepat je 1/3/2016..terusss kita main masak2 kikiki

Beria sungguh..
Padahal dalalm kepala ni, fikir nk intro
Buah Avacado je dulu kikiki
 xyah stim bagai pun, lenyek2 je then suap hahaha
poyo je mama nkmasak kunun2nya kan kikiki 


Love,
MamaRayyan's


Tuesday, March 1, 2016

Sakitnya Bila Nipple Luka

Siapa yang pernah  menitis air mata ni semasa nak bagi df baby bila nipple cedera? Seksa kan...Sue dlm beberapa minggu lepas melaluinya huwaaaaa...gerun je bila tgk baby buka mulut nk masa nk df. Puting luka ni selalu terjadi kepad ibu2 yang 1st time nk bf baby yang mungkin terjadi luka tu sebab cara melekap semasa bf xbetul n satu lagi mayb baby tengah gatal gusi nak tumbuh gigi..haaaa yg terjadi pada Sue mayb baby nktumbuh gigi kot coz rasa macam gusi baby keras semacam je skrg, tp gigi takmuncul2 lagila..kalaula dh nampak gigi mau lagi gerun mama dia ni hahahaha.....

Nway, walau sakit camne, mama2 semua mesti susukan juga ye or pam untuk pastikan susu sentiasa ada. Apa yang Sue buat bila nipple ni luka? Letak jer susu sendiri kat tempat luka atau sue guna minyak gamat..Alhamdulillah nampak berkesan dekat Sue. N satu lagi, masa tgh luka hari tu, Sue search En Google n ada yang suggest guna Medela Tender Care Lanolin. Dengan pantas Sue cari online seller yang jual ni n akhirnya dapat beli kat Aja. Ni haaa rupabentuk cream tu

Tapi masa cream ni sampai ke tangan Sue, luka kat nipple ni dhsembuh so Sue xdapat nk review lagi camne keberkesanan cream ni :). So simpan je untuk saat kecemasan nnti tapi kalau leh xnak la injured lagi, seksaaa oooo huhuhuhu


Love,
MamaRayyan's