Thursday, March 31, 2016

Lukisan My Lovely Hero, Mikail

Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Nak cerita sikit pasal anak sulung, hero kesayangan yang amt manja ni, Mikail 

Sue n husband nampak Mikail lebih cenderung kepada membina contoh, suka kepada permainan lego or blok2..macam2 bentuk or bangunan dibina..agak kreatif disitu :)

Then, veryperfectionist, semua nak kena perfect, kalau susun mainan tu sgt2 detail huhuhu

Ni lak cerita ptg semalam...
katanya belajar melukis rumah, orang 
Then, kitorang suruh la lukis

Taraaa...


Inilah Family Potrait 2016 kitorang yang berlatar belakangkang rumah di belakang tu :p
Mikail kata...
dari kiri yang muka bulat n elok nampak mata semua tu Mikail, yang kepal kecik tu abah  kikiki, yg comel kecil tu mestilah adiknya n last tu mama, yg mama tu mula2 dia lukis rambut tetiba tukar mama pakai tudung, tu yg jadi gitu hahaha..

yang tgh2 antara abah n adik tu..pokok ye kawan2 kikiki
Sebelah tu lak transport n kucing katanya 

Itulah kisah abg long Mikail yang byk mulut n banyak ragam ni 


Love,
MamaRayyan's

Thursday, March 24, 2016

My Milk Booster


Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua

Pagi ni, Sue sarapan ala-ala western ye
Roti telur Cheese + Salad Ayam
Yummyyyy..sedap n berkhasiat kikikiki

Tak lupa juga...
yang ni
.
.
.


Salah satu my Milk Booster
Susu Anmum + Kurma
Alhamdulillah, bila ambil ni sue rasa serasi n production pun memberangsangkan

Selain dari susu n kurma, 
Sue juga minum air rebusan kurma cina + longan
n selalu juga makan makanan berasasakan kacang hijau
N satu lagi, suka makan daging kambing :)
Semua ni serasi dgn Sue n membantu dalam menambah susu 

So, mama2 yang tgh cuba menambah susu badan, 
boleh try n amalkan cara Sue ni..
Insyaallah ada rezeki untuk si comel korang :)




Love;
MamaRayyan's


Sunday, March 20, 2016

Ready For Solid Food


Good Morning :)

Lagi 10 hari lagi baby Zafri dh leh start intro solid food 
Sue dh taksabar main masak2
So, keluarkan balik alat masak2 yg ada
Tadaaaa...


Cuci2 bersih n letak kat kabinet siap2
tepat je 1/3/2016..terusss kita main masak2 kikiki

Beria sungguh..
Padahal dalalm kepala ni, fikir nk intro
Buah Avacado je dulu kikiki
 xyah stim bagai pun, lenyek2 je then suap hahaha
poyo je mama nkmasak kunun2nya kan kikiki 


Love,
MamaRayyan's


Tuesday, March 1, 2016

Sakitnya Bila Nipple Luka

Siapa yang pernah  menitis air mata ni semasa nak bagi df baby bila nipple cedera? Seksa kan...Sue dlm beberapa minggu lepas melaluinya huwaaaaa...gerun je bila tgk baby buka mulut nk masa nk df. Puting luka ni selalu terjadi kepad ibu2 yang 1st time nk bf baby yang mungkin terjadi luka tu sebab cara melekap semasa bf xbetul n satu lagi mayb baby tengah gatal gusi nak tumbuh gigi..haaaa yg terjadi pada Sue mayb baby nktumbuh gigi kot coz rasa macam gusi baby keras semacam je skrg, tp gigi takmuncul2 lagila..kalaula dh nampak gigi mau lagi gerun mama dia ni hahahaha.....

Nway, walau sakit camne, mama2 semua mesti susukan juga ye or pam untuk pastikan susu sentiasa ada. Apa yang Sue buat bila nipple ni luka? Letak jer susu sendiri kat tempat luka atau sue guna minyak gamat..Alhamdulillah nampak berkesan dekat Sue. N satu lagi, masa tgh luka hari tu, Sue search En Google n ada yang suggest guna Medela Tender Care Lanolin. Dengan pantas Sue cari online seller yang jual ni n akhirnya dapat beli kat Aja. Ni haaa rupabentuk cream tu

Tapi masa cream ni sampai ke tangan Sue, luka kat nipple ni dhsembuh so Sue xdapat nk review lagi camne keberkesanan cream ni :). So simpan je untuk saat kecemasan nnti tapi kalau leh xnak la injured lagi, seksaaa oooo huhuhuhu


Love,
MamaRayyan's

Thursday, February 18, 2016

Fibroadenoma vs Breastfeeding


Apa itu Fibroadenoma

Ia adalah satu benjol payudara, tidak sakit dan boleh bergerak2 jika dipicit. Masalah sering terjadi dan menyerang wanita tanpa mengira usia, lebih kerp menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang tinggi dari biasa. Benjolan ini boleh bergerak2 apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan. Diagnosis menentukan samada benjolan itu barah atau fibroadenoma adalah melalui biopsi. Rawatan menangani fibroadenoma ialah dengan pembedahan. Walaubagaimanapun fibroadenoma boleh berulang selepas pembedahan.

Ok tu sedikit info pasal fibroadenoma n Sue adalah pengidap fibroadenoma since berumur 20an, tu 1st time sue Sue buat pembedahan membuang fibroadenoma n agak besar juga ketumbuhan itu. Then lps kawin dlm Tahun 2007/2008 (tah xingat dah :p), operate lagi disebalah kanan lak ada fibroadenoma yang dikesan agak aktif n besar. Masa scan tu, byk lagi anak2 fibroadenoma dikesan juga, cuma ikut info daripada doktor, kemungkina yg kecil tu akan kecut or hilang n mungkin juga akan aktif..so sebab dengan itu akan sentiasa dipantau or kita sendiri kena alert n check selalu.

Skrg still ada ke tak..jawapan yes ada kat both side n agak besar juga..Masa Sue pregnant mmg doktor pantau gak. Ketika tu ada gak terdetik dlm hati, adakah anak yg 2nd ni ada rezeki untuk Sue bf?, Sepanjang mengandung Sue mmg berdoa agar susu badan ada walaupun mengidap fibroadenoma. Masa tu juga ckp kt husband, nk beli pump susu dengan harapan menggunung tinggi agar susu ada.

Alhamdulillah, selepas bersalin n berurut susu badan ada. Bila Zafri kena kuning n letak bawah lampu..masa tu Sue struggle 2 jam sekali pam untuk supply susu, Alhamdulillah dapat 1oz mula2 tu, then meningkat 2oz. So, dari tu Sue sentiasa positifkan diri yang Sue boleh full bf Zafri n sentiasa berdoa agar susu badan sentiasa ada dan cukup untuk Zafri.

Ada effect tak fibroadenoma dgn pengeluaran susu? Sue rasa ada coz pada right breast dekat dgn kawasan areola ada satu benjolan yg Sue dapat rasa mayb besar sikit dari biji guli, bila Sue pam   hasilan susu agak kurang, selalunya hasil kurang dari 3 oz (pam selama 15min++) berbanding left breast yg mn ada juga benjolan tapi kat area bawah, tapi hasil side ni selalunya dlm 3oz++. 

Satu lagi sue rasa, mungkin sebab ada benjolan2 ni, breast lambat penuh walaupun Sue dh kosongkon breast masa sesi mengepam. Tapi macammanapun Sue bersyukur sgt impian Sue untuk susukan anak berjaya sampai hari ini n semoga sentaisa ada rezeki Zafri untuk Sue full bf selama 2 tahun seperti yang disyariatkan.

So, untuk mama2 yang ada fibroadenoma tapi ada azam nak full bf anak, usaha n positifkan diri + sentiasa berdoa agar ada rezeki untuk anak kita. Tapi kalau kita dh cuba sedaya upaya still xboleh, jgnla bersedih, mungkin ada sebab2 yang tidak kita ketahui, itulah yang Sue pegang ketika tak berjaya full bf anak yg 1st dahulu.

Love,
MamaRayyan's




Wednesday, February 17, 2016

My Breastfeeding Journey

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan. My 2nd hero dah 4bulan ++ masih lagi full bf. Walaupun susu xlah semeriah mcm mama2 di luar sana tp Sue still bersyukur stock untuk Zafri sentiasa ada.

Bercerita pengalaman bf sepanjang 4 bulan  lebih ni, apa yg Sue boleh katakan support dari family expecially daripada suami mmg penting..xkira support dari segi moral or kewangan..hahaha kewangan??? mmg tu juga penting tau, pelaburan untuk beli pump, bottle storage n segala mak nenek untuk memudahkan si isteri bf n pump dengan selesa..barulah production meningkat hehehe...

Gagal dalam full bf? yep Sue sendiri pernah gagal..my 1st son, Rayyan Mikail semasa dlm pantang dah kena cmpur dgn formula milk coz mmg susu xde, bukan tak usaha nk bagi ada, urut, mkn semua makanan yg boleh boost susu or mcm2 lagi la Sue ikhtiar, mmg rezeki xberpihak pada Sue ketika itu. Sedih, kecewa semua ada masa tu, tapi Sue redha...kecian Abg Long Mikail tapi Alhamdulillah sekarang membesar jadi anak yg bijak :)

Ok, setakat tu je yg dpt share untuk hari ni, next Sue akan share pasal pengalaman bf vs fibroadenoma..yep Sue pernah jalani operation membuang ketulan pada kedua2 breast n sekarang ada lagi ketulan baru huhuhu..huhuhu


Love
MamaRayyan's

Monday, February 15, 2016

Blog oh blog


Tahun 2016..
Blog baru, azam baru, semangat baru
Harapnya mama akan rajin update blog yg baru ni
Blog yg lama dhcaca marba :p

Banyak nkshare cerita kt sini
pengalaman n so on...
n also nk share bf journey :)


Love,
MamaRayyan's